Meningkatkan Hasil Jualan Menerusi Sistem Affiliate
Tuesday, December 22, 2009 16:16Salah satu cara untuk meningkatkan hasil jualan produk anda ialah dengan melakukan aktiviti pemasaran menerusi sistem affiliate. Sebagai pemilik perniagaan, menjadi satu perkara yang merugikan sekiranya sistem affiliate tidak ditawarkan kepada pengguna–pengguna internet.
Sistem affiliate merupakan satu bentuk program yang menawarkan peluang usahasama antara pemilik produk (pemilik laman web) dan pengguna internet yang lain.
Dengan menawarkan peluang usahasama ini, pengguna internet yang menyukai produk si pemilik berpeluang untuk mempromosikan produk tersebut kepada kenalan-kenalan mereka. Mereka akan dikenali sebagai “agen affiliate” apabila bertindak menyertai sistem affiliate yang ditawarkan.
Hal ini secara tidak langsung mampu meningkatkan hasil jualan produk kerana mereka iaitu agen affiliate akan bertindak mempromosikan produk tersebut ke serata tempat di internet.
Perkara ini juga mampu meringankan bebanan pemilik produk seperti anda untuk melakukan promosi kerana aktiviti promosi ini akan dilaksanakan oleh agen–agen affiliate. Anda boleh fokus kepada kerja–kerja pengurusan produk dan penghantaran produk kepada pelanggan–pelanggan anda.
Untuk membangunkan sistem affiliate ini Read the rest of this entry »






















