Meningkatkan Hasil Jualan Menerusi Sistem Affiliate

Salah satu cara untuk meningkatkan hasil jualan produk anda ialah dengan melakukan aktiviti pemasaran menerusi sistem affiliate. Sebagai pemilik perniagaan, menjadi satu perkara yang merugikan sekiranya sistem affiliate tidak ditawarkan kepada pengguna–pengguna internet.

Sistem affiliate merupakan satu bentuk program yang menawarkan peluang usahasama antara pemilik produk (pemilik laman web) dan pengguna internet yang lain.

Dengan menawarkan peluang usahasama ini, pengguna internet yang menyukai produk si pemilik berpeluang untuk mempromosikan produk tersebut kepada kenalan-kenalan mereka. Mereka akan dikenali sebagai “agen affiliate” apabila bertindak menyertai sistem affiliate yang ditawarkan.

Hal ini secara tidak langsung mampu meningkatkan hasil jualan produk kerana mereka iaitu agen affiliate akan bertindak mempromosikan produk tersebut ke serata tempat di internet.

Perkara ini juga mampu meringankan bebanan pemilik produk seperti anda untuk melakukan promosi kerana aktiviti promosi ini akan dilaksanakan oleh agen–agen affiliate. Anda boleh fokus kepada kerja–kerja pengurusan produk dan penghantaran produk kepada pelanggan–pelanggan anda.

Untuk membangunkan sistem affiliate ini, skrip pemasangan sistem affiliate diperlukan. Terdapat 2 kaedah untuk membangunkan sistem affiliate iaitu menerusi:

1. 3rd party Hosted Affiliate System
2. Self-Hosted Affiliate System

Kedua-dua kaedah ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Bagi 3rd party hosted system, ia disediakan oleh sesetengah individu atau syarikat yang akan menguruskan semua perkara bagi pihak anda termasuk merekod belian, penerimaan bayaran dari pelanggan, penghantaran produk kepada pembeli serta pembayaran komisyen kepada agen affiliate. Secara tidak langsung, ia memudahkan anda dalam banyak perkara. Kesemuanya diuruskan untuk anda. Anda hanya menerima hasil keuntungan jualan sahaja.

Namun kebiasaannya apabila kita menggunakan 3rd party hosted affiliate system, kita perlu membayar “yuran” setiap bulan bagi servis pengurusan sistem affiliate yang ditawarkan.

Bagi self-hosted affiliate system pula, tiada sebarang yuran bulanan yang dikenakan jika menggunakan sistem affiliate jenis ini.  Anda hanya perlu membuat belian sekali sahaja untuk mendapatkan skrip sistem affiliate ini. Ia pasti akan menjimatkan anda.

Namun anda perlu mempunyai sedikit kemahiran teknikal untuk memasang  skrip sistem affiliate ke dalam laman web jualan anda. Anda perlu menguruskan sendiri semua perkara melibatkan perniagaan anda seperti merekod jualan, penghantaran produk kepada pelanggan, dan pembayaran komisyen kepada agen affiliate.

Berita baik untuk anda. Tutorial Sistem Affiliate akan mengajar anda langkah demi langkah pemasangan Sistem Affiliate ke dalam laman web jualan anda. Produk ini juga akan menerangkan cara-cara pengurusan sistem affiliate dengan mudah. Anda akan menjadi pengarah besar bagi web jualan anda dengan mempunyai sekumpulan agen affiliate yang sedia membantu mempromosikan produk jualan anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh lawati laman web Tutorial Sistem Affiliate disini.

  • Share/Bookmark

No Comments

Leave a reply

You must be logged in to post a comment.